Langkau ke kandungan utama

SUSAH NAK MENYIMPAN? CUBA CARA NI UNTUK SAVING!

 Ada beberapa ketika kita mesti ada masalah seperti nak menyimpan duit tapi susah betul tak? Terkadang kita selalu nak guna, lagi masa ada "Emergency" dan mulalah start mengeluh, sebab tak dapat nak simpan duit.

Tapi jangan risau sebab ini mungkin boleh jadi solusi untuk anda, tapi anda hanya perlu konsisten & paksa! Kena paksa diri kita untuk menyimpan sama seperti KWSP, tapi bezanya kita yang tetapkan sendiri.

Macam kebiasaan mereka yang berkerja memang banyak ada masalah ini, lagi mereka yang sudah berkeluarga memang susah nak menyimpan, jadi saya akan share bagaimana untuk mula dan saving dengan konsisten.

Baik jom kita mulakan!






1. TARGET BERAPA NAK SIMPAN SETIAP BULAN

Paling senang adalah nisbah 50:30:20 dimana anda mengasingkan 20% untuk saving dari pendapatan anda. Jika anda mempunyai masalah dengan 20% anda boleh mengurangkan ke nisbah 10% atau 5%  atau pun anda boleh bermula dari rm10.00 je! Pun dah memadai untuk anda ada simpanan. macam orang cakap sikit-sikit lama-lama jadi bukit!


2. CUBA VARIASI SIMPANAN

Variasi simpanan adalah cara anda menyimpan di mana, contoh gaji anda rm2000, anda mengambil keputusan untuk simpan 20% atau rm400 sebulan, apa yang anda perlu buat hanya simpan ke tempat lain, contoh macam ASNB, TABUNG HAJI, EMAS. Jika anda rasa nak simpan sambil melabur boleh cuba VERSA (option). Versa sesuai untuk mereka yang nak menyimpan sambil melabur, jika anda takde tabung haji, saya memang sarankan anda untuk melabur dalam Versa sebagai pilihan lain. 

Selain Versa, tempat terbaik untuk dapat duit harian adalah Touch & Go E -wallet dimana anda boleh melabur sambil menyimpan. Kenapa saya sangat memberi saranan adalah kerana mereka berisiko rendah tidak seperti yang lain sudah pasti anda nak cari keuntungan!

Jika rasa berminat nak cuba VERSA boleh tekan link dibawah

https://linktr.ee/mukzaffiliate


3. PAKSA UNTUK TAK TENGOK SIMPANAN

Antara terbaik adalah paksa untuk diri sendiri tidak tengok simpanan anda. Jika anda rasa macam nak tengok pastikan tiada niat untuk mengambil. Hanya monitor jika perlu. Kenapa sedikit simpanan saya, saya akan letak pada emas, sebab emas buatkan saya tak rasa nak belanja duit tu, melainkan emas buatkan saya ingin lagi nak menyimpan!

Jadi jika anda tengok duit rasa nak belanja, adalah lebih baik simpan dalam bentuk emas saja. 


Bonus: Pastikan anda Automatedkan setiap simpanan anda. Bayar diri anda dulu, sebelum anda bayar pada benda yang lain.


Jadi, nak mula menyimpan? Cuba satu kaedah ni hari ini dan kongsikan hasilnya di ruangan komen!

TERIMA KASIH

Mukriz Aiman (12 March 2025)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BISNES MAKANAN DARI RUMAH – DARI DAPUR KE DOMPET!

Mahu mulakan bisnes makanan dari rumah tapi tak tahu macam mana nak bermula? Jangan risau! Dengan modal yang kecil dan strategi yang betul, anda boleh jana pendapatan lumayan hanya dari dapur sendiri. Jom kita lihat bagaimana cara untuk memulakan dan mengembangkan bisnes makanan dari rumah! 🍽️💰 1. Pilih Jenis Makanan yang Sesuai 🍛 Sebelum mula, anda perlu tentukan jenis makanan yang ingin dijual. Beberapa pilihan popular termasuk: Makanan Sejuk Beku (Frozen Food) – seperti karipap, popia, atau nugget homemade. Kek dan Pastri – brownies, kek lapis, dan cookies yang sentiasa mendapat permintaan. Makanan Harian (Meal Prep) – nasi lemak, lauk-pauk frozen, dan set makanan sihat untuk pelanggan yang sibuk. Jajan & Kudapan – kerepek, coklat homemade, atau popcorn caramel. ✅ Tip: Pilih makanan yang anda mahir buat dan ada permintaan tinggi di kawasan anda. 2. Sediakan Modal & Kelengkapan Asas 💵 Berita baik! Bisnes makanan dari rumah tak perlukan modal besar. Namu...

Gaji RM1,500 Pun Boleh Simpan RM10,000? Ini Caranya!

Kedengaran mustahil? Tapi sebenarnya tak! Ramai yang rasa dengan gaji kecil, memang susah nak menyimpan. Hakikatnya, kalau ada strategi yang betul, anda tetap boleh simpan duit dengan konsisten dan capai target RM10,000 walaupun gaji hanya RM1,500 sebulan. Nak tahu caranya? Jom kita bongkar rahsia! 1. Gunakan Teknik Simpanan ‘Paksa Rela’ Orang kata, kalau duit ada dalam tangan, memang susah nak tahan diri daripada guna. Jadi, cara terbaik ialah simpan dulu sebelum belanja! Teknik ini juga dikenali sebagai Pay Yourself First . Caranya mudah: ✅ Setiap kali gaji masuk, terus asingkan sekurang-kurangnya 20% ke dalam akaun simpanan khas. Contohnya: Gaji RM1,500 x 20% = RM300 sebulan Dalam setahun: RM300 x 12 bulan = RM3,600 💰 ✅ Gunakan akaun simpanan tanpa kad ATM supaya susah nak keluarkan duit sesuka hati. Anda boleh guna ASB, Tabung Haji, atau simpan dalam platform seperti Versa atau StashAway Simple untuk dapat pulangan lebih. ✅ Kalau ada bonus atau duit lebih, terus top-...

JANA PENDAPATAN DARI RUMAH: 7 IDEA MUDAH & BERKESAN!

Nak cari duit tambahan tanpa perlu keluar rumah? Dengan teknologi dan peluang yang ada sekarang, ramai yang berjaya menjana pendapatan dari rumah. Sama ada anda nak duit lebih untuk simpanan, bayar bil, atau buat kerja dari rumah sepenuh masa, ini 7 idea yang boleh anda cuba! 💰 1. Berniaga Secara Online 🛍️ Bisnes online adalah antara cara paling popular untuk buat duit dari rumah. Anda boleh jual barang sendiri atau jadi ejen dropship. ✅ Tips: Gunakan platform seperti Shopee, Lazada, atau TikTok Shop. Pilih produk yang ada permintaan tinggi seperti pakaian, aksesori, atau makanan. Gunakan media sosial untuk promosi secara percuma! 2. Jadi Freelancer 💻 Ada kemahiran menulis, grafik, atau suntingan video? Anda boleh tawarkan servis di platform seperti Fiverr, Upwork, dan Freelancer.com. ✅ Tips: Tawarkan servis seperti reka bentuk grafik, penulisan artikel, atau terjemahan. Mula dengan harga rendah untuk dapat pelanggan pertama. Buat portfolio untuk tarik lebih banyak ...